Saturday, 7 September 2013

# BAHAYA IBU HAMIL DIJANGKITI CHICKEN POX (BAB2)

bab 1 aku menceritakan pengalaman aku kena chicken poxxx...
bab 2 aku nak berkongsi bahawa bahayanya ibu hamil dijangkiti chicken poxx...

zassss....jom sama-sama baca...

Bagi wanita mengandung, cacar air atau kita panggil chicken pox sangat merbahaya. Jika ada rakan sepejabat yang baru terkena penyakit ni dan baru balik bekerja, anda jauhkanlah diri dari mereka.
Bagi tau la yang ini precaution :) . Nanti kawan kita pulak ingat kita sombong .Tapi rata-rata mereka faham.
Kenapa saya kata bahaya? Kalau kandungan kita masa tu di bawah 20 minggu atau lebih kurang 5 bulan , bukan saja ia mengancam nyawa si ibu malah risiko bayi yang lahir untuk mengalami kecacatan adalah tinggi.
Ia boleh di kesan melalui ujian ultrasound di jalankan doktor di mana terjadinya pembengkakan tisu bayi, hati yang tidak normal serta cecair amnion yang berlebihan dalam kandungan.
Jika anda terkena penyakit cacar air atau chicken pox sewaktu mengandung, sila minta nasihat doktor .
Bagaimana mengesan anda terkena chicken pox ?
1.Demam panas selam 2-3 hari di ikuti selsema, batuk dengan hidung berair
2.Selalunya sebaik demam beransur hilang, lepuhan kecil mula terjadi.
3.Lepohan kecil terjadi mula merebak ke seluruh badan di ikuti gatal-gatal
4. Jangkamasa sembuh adalah dalam masa 2-3 minggu
Jika anda dapati sewaktu mengandung ada tanda-tanda ini , jangan bertangguh untuk mendapatkan nasihat doktor.
Malah untuk makan ubat sewaktu mengandung juga tidak boleh sembarangan walaupun sebiji panadol. Berhati-hati dengan pengambilan ubat kerana jika tersilap ia boleh menjejaskan kesihatan dan bayi anda kandung.
Siapa yang paling berisiko untuk mendapat Chicken pox semasa hamil? Sekiranya anda pernah mendapat Chicken pox peluang untuk mendapat Chicken pox sekali lagi sangat rendah
Sekiranya anda tidak pernah mendapat Chicken pox, anda mempunyai risiko untuk dijangkiti virus ini dan perlulah sedaya upaya untuk mengelak dari mereka yang mengalami jangkitan Chicken pox.
Sekiranya anda kurang pasti samada anda pernah dijangkit, doktor boleh membuat ujian darah untuk mempastikan samada anda mempunyai antibodi terhadap Chicken pox. Sekiranya ada anda adalah imun terhadap jangkitan ini.
Apakah yang akan berlaku kepada bayi  sekiranya ibu dijangkiti Chicken pox?
Samada bayi anda akan dijangkiti dan setakat mana kesan terhadapnya bergantung kepada usia kehamilan anda.
  • Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 6-12 minggu risiko kecatan adalah 0.5-1 %
  • Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 13 hingga 20 minggu, risiko kecacatan adalah 2%
  • Sekiranya jangkitan terjadi diantara 5 hari sebelum dan 2 hari selepas anda bersalin kemungkinan bayi and mendapat chicken pox adalah 20-25%
  • Jenis kecacatan adalah: parut, masalah penglihatan, tumbesaran terbantut, saiz kepala yang kecil dan kecacatan otak
Apa yang boleh di lakukan untuk pastikan anak  bebas dari mendapat chicken pox?
Sekiranya anda pernah mendapat chicken pox, jangan risau kerana risiko untuk anda mendapat chicken pox adalah tersangat kecil.
Sekiranya anda tidak pernah mendapat chicken pox sebelum ini dan anda hamil, anda boleh mendapatkan injeksi imunoglobulin sekiranya anda "in close contact" dengan pengidap chicken pox
Sekiraya anda mendapat vaksin chicken pox anda perlu memastikan yang anda tidak hamil 3 bulan selepas injeksi.
Bolehkah seseorang mendapat chicken pox dua kali?
Boleh tetapi ia sangat jarang berlaku. Ia mungkin berlaku kepada mereka yang kurang daya imuniti dan kepada mereka yang merasakan diri mereka pernah dijangkiti tetapi sebenarnya bukan dan cuma ruam biasa sahaja.







ni lah keadaan badan orang yang kena chicken poxxx...sangat menggerikan...

3 comments:

  1. Salam saya baru kena chiken pox...sekarang saya hamil 12 minggu,ada ape2 risiko kat bayi saya x?..

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ingin bertanya saya pernah kena chicken pox semasa saya di tingkatan 4. Skrg saya mngandung anak ke-dua dah 18minggu. Saya agak risau sbb saya tgok pada anggota peha kaki saya ada cecair berair tak banyak tapi besar. Selepas bbrpa hari anak saya yang pertama terkena chicken pox. Adakah saya yg membawa jangkitan padanya ? Kalau ya bermkna saya terkena chicken pox ? Apa perlu saya buat sbb baru je checkup di klinik semasa barubkena tu. Doktor kata kudis biasa. Doktor tu tak tahu tengok ke. Hurm sedih saya.

    ReplyDelete