Apa yang aku nak ceritakan hari ini ialah tentang "Ucapan Raya Zaman Dulu dan Sekarang".
Memang dah menjadi kewajipan kepada umat manusia,tanpa ucapan tak rasa macam nak raya kot..heheh
kad rayaZaman dulu sangat aku rindu..mai aku cite ape aku rasa waktu raya zaman sekolah dulu..Kalau g kedai je mesti beli kad raya banyak2..dengan niat nak bagi pada semua kawan2 dan harapan dapat di balas balik.setiap kali akhir ucapan ni la pantun yang akan di tulis "PECAH KACA,PECAH GELAS,SUDAH BACA HARAP BALAS".heheh..
Aku, bila nampak je abg posmen datang umah,terus aku lari keluar, mane x excitednye, bukak2 peti surat. ada org hantar kad raya!tambah2 nama aku..fuhh..laju je buka dan baca.
Apa yang bestnye kadang2 ucapan tu buat kita terharu dengan kata2 maaf dan rindu dari kawan2 atau sedara mara, yela..dah duduk jauh2 tiba2 hantar kad raya sebagai tanda penghargaan, mana xheppinye! yang menariknya siap beri kad yang berlagu lagi hahaha xpun ada yang kita bukak2 je sampul,ade terselit duit raya.sekupang,duakupang dan paling banyak seringgit.. Zaman ni gak, dapat kad raya macam dapat rm50!! bangga sgt2.. konpem terus beli tali, steple, tampal didinding rumah (kebanyakkan rumah kayu) banyak2 dan tinggi2 dengan pelbagai corak~ Memang org cakap feeling raya masa tu memang betul2 rasa la beb! :D
Tapi zaman Z ni sekarang org dah tinggal semua tu..Semua ucapan di bersepah2 hantar guna teknologi sms,FB,Yahoo,Wassup,Viber,WChett dan tak tersenarai aku..Banyak Sgt...
Tapi, untungnya ada benda camni melahirkan lagi ramai bakat2 design,photoshop bentuk2 kad raya versi komputer utk diuplod kat FB!
Macam2 ragam dan perubahan berlaku kan utk wish raya ni. Sama2 kita nantikan apa akan berlaku akan datang nanti~
ok-SYS-
No comments:
Post a Comment