Saturday, 21 September 2013

# kulit gebu berseri apa rahsianya???

salam..

hai dear...
sekarang ni, sana sini orang dok pakat cerita tentang kelebihan dan hotttnya ESP ni..
.leh kurus, langsing, kulit gebu dan berseri2x..parut jerawat pudar.
.makin cerah..selulit pun hilang..
wahh banyaknye kelebihan..hebat.. .ESP terdapat 1001 khasiatnya..jom tgk..

ESP ni bukan hanya untuk minum je..buat masker pun boleh..bestnyee,,,
TERBAIKLAH ESP ni..pas ni tak payah lah nak beli mask lain dah...

Hari ini saya nak share resepi Masker ESP.. sesiapa yang dah pernah cuba memang takkan teragak-agak nak buat lagi. Tak payah pergi ke Spa untuk buat facial. Jimat duit! :)

Okeh

Resepi Masker ESP Shaklee 

Bahan-bahan
1. ESP
2. Plain Yogurt

Cara-caranya:

1. Sediakan 1 cawan Plain Yogur Asli dan 1 sudu teh ESP
2.Gaulkan kedua bahan tersebut hgga sebati
3.Tepek muka dengan masker tersebut
4.Biar dalam 10/15 minit hingga kering
5.Bilas

Tadaa,,,,anda akan dapat hasil yg sangat mengagumkan dan kulit lembap dan lembut.

jom kite bace pengalaman org yang dah gunakannya nak???






* Testimoni ini adalah pengalaman customer

Jika anda ada kekangan kewangan dan ingin mencuba,saya ada sediakan set bajet utk anda.. atau boleh gunakan id sy utk pembelian di branch Shaklee berdekatan Ingin mencuba produk Shaklee? 
Saya juga boleh beri harga special...
 HUBUNGI 
♥ MASTURA AMRAN
♥ Shaklee ID 901524

Friday, 20 September 2013

# Guna Siput Rawat Muka

Sanggupkah  anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan?

Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun dan bermula pada hari ini, wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

Pekerja klinik kecantikan, Manami Takamura berkata, tiga ekor siput hidup akan diletakkan di muka para pelanggan bagi menjalani rawatan kecantikan.

“Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit,” katanya.

Katanya lagi, cara ini juga mampu memberi pelanggan 100 peratus inti pati siput dengan sentuhan secara langsung terus kepada kulit pelanggan selama satu jam.

Pelanggan Sayaka Ito berkata, rawatan ini amat santai sehingga membuatkannya hampir tertidur.

“Anda boleh rasakan siput bergerak ke seluruh muka. Pada mulanya ia agak mengejutkan tetapi rawatan ini benar-benar berkesan.

"Kini kulit muka saya juga lebih licin dan lebih lembab,” ujarnya.

sanggupkah anda???




# Rebus Telur Guna Air Kencing Kanak-Kanak

BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..

huhu..tak sanggupnye aku tgk telur ni...uolls tgk la dulu ape perasaan uolls???














# si cantik bertukar hodoh dengan solekan

sangat menakjubkan solekan yang dibuat oleh pakar solek luar negara...sebab itulah lakonan dari luar negara sangat real dan ramai yang gemar menontonnya..

cubalah uolls tgk gambar-gambar di bawah ini...menakutkan dan sesuatu yang tak dijangka..














# amalan Yasmin hani sewaktu mengandung

Senaman ini bukan sahaja dikatakan dapat membantu bakal ibu memperkukuhkan otot-otot mereka, malah ia turut difahamkan mampu membantu mempermudahkan para ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal mereka setelah melahirkan bayi kelak.

Nampaknya senaman ini turut diprektikkan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Yasmin Hani.

Menerusi laman Instagram milik dramatis ini, Hani telah berkongsi beberapa foto menariknya sewaktu melakukan senaman yoga bersama teman-teman rapat iaitu Atilia dan Daphne Iking.

Mungkin melihat sahaja foto-foto yang dikongsikan oleh Hani ini membuatkan ramai para ibu merasa gerun dan tidak menyangka seorang ibu mengandung mampu melakukan senaman seperti ini bukan? Namun begitu, tidak pada pelakon wanita ini.

Menurut Yasmin Hani, tidak salah untuk seorang ibu mengandung mengamalkan senaman ringan seperti itu, asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri si ibu serta bayi yang berada di dalam kandungan.

Tidak kira apa pun senaman yang dilakukan olah Yasmin Hani, Didoakan semoga pelakon wanita ini akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan begitu juga dengan bayi di dalam kandungannya itu.

Apa pun, untuk semua peminat Yasmin Hani, di sini diselitkan beberapa foto comel dramatis tersebut melakukan senaman yoga untuk tatapan anda semua.





# suami Yasmin hani bertatu




Gambar yang seakan-akan tatu di lengan kanan suami kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali telah menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman Instagram milik kedua-dua selebriti tersebut.
Bagaimanapun, Hani telah menerangkan bahawa itu bukanlah tatu kekal sebaliknya merupakan tatu inai boleh dihilangkan serta dibuang pada bila-bila masa.
Biasalah, namapun selebriti…dari hujung rambut sampai hujung kaki akan diperhati!

hmmm..tengok gambar di bawah tu...bukti yang menunjukkan tu bukan tatu kekal...biasalah kadang2 perasaan ingin mencuba tu tak dapat di elakkan..empunya diri je yang kena tahu hukum halal dan haram kalau buat tatu kekal bagi yang beragama islam..


Sunday, 8 September 2013

# master - part 3

(nasihat dari orang yang berpengalaman) jom baca
salam..
sebelum reader baca entry ni..aku nak bg tahu bahawa aku dapatkan maklumat ni dari blog brightnur.com .t.kasih sbb share maklumat dan pengalaman sis..sambil tu aku sendiri nak tahu tentang master ni...
jom kita baca...
Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan.
Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master.
Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?
Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda.
Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course.
By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best). Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master.
Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan).
Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat.
Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak. Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test.
Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi.
Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research. Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya).
Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau.
Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil.
Sedikit procedure untuk master by research.
Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis.
t.kasih sis..bye..SYS

Saturday, 7 September 2013

# master -part 1

salam..

hai..baru sehari tak update blog ni..rasa dah miss sangat maklumat tentang dunia it ni..heheh

ok lah..sebenarnya aku teringin sangat nak sambung master ni..tapi aku tak tahu ape hala tuju dan kebaikan bila aku sambung master...

insyallah..aku akan research maklumat tentang master ni..dan ape yang aku tahu..aku akan share sikit..

share is caring kan..heheh

bye..SYS

# master -part 2

(pinjaman dan dua jenis cara sambung master)
salam..

ini ade sedikit maklumat yang aku dapat mengenai bantuan dan pinjaman yang boleh dibuat...

Sekarang ni kalau nak sambung belajar dah ada macam-macam bantuan kewangan. Kalau nak sambung ijazah atau diploma tu ada PTPTN, JPA dan MARA. Kalau nak sambung PhD atau Master sekarang ni kerajaan dah bagi bantuan MyBrain.Just apply je. Kalau Master dia akan bayarkan yuran setiap sem kita. Tapi kita tak dapat duit poketla.Kalau PhD, MyBrain akan bagi RM 2300 setiap bulan dan yuran akan dibayarkan sekali. So..tak rugi pun sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan kerja hebat-hebat jeles jugak..hehe. 

Kalau nak sambung Master, sekarang ni Master ade 2 jenis. Master by research or Master by taught course. Kalau Master by taught course ni, kita pergi kelas macam biasa dan ada final exam tapi kalau by research, kena buat researchla. Tapi Master by research ni free jugakla, dia akan busy waktu tertentu je. master by taught course ni jadualnya agak padat jugak. Kalau rasa lepas belajar nak kerja di industri dinasihatkan ambil jela Master by taught course. tapi kalau nak jadi pensyarah ke atau kerja kat R&D Department kat syarikat-syarikat besar, diorang lebih prefer Master by research. Master by research ni seronok jugak sebab dapat pergi conference sana sini, present paper kita. kalau nasib kita baik, kita boleh publish paper. kalau dapat publish paper, peluang nak dapat kerja agak senang jugakla. Nanti kalau korang sambung belajar Master or PhD, korang akan tahula.

byeee..SYS..

# PETUA YANG AKU IKUT BILA KENA CHICKEN POX (BAB 4)

Apabila mengidap chicken pox

Ok,apa tanda-tanda awal?
  • Mulanya rasa macam demam panas. Sekejap demam,sekejap kebah,then demam balik.
  • Mula timbul macam ruam (biji merah kecil) di kepala,tangan,belakang badan,muka,dan bahagian sendi badan.Kita akan ingatkan macam kena denggi.Jadi kena pergi cek terlebih dahulu. Kemungkinan doktor akan syak alergi jika tiada denggi dikesan setelah membuat ujian darah.
  • Ruam ni akan makin besar dan merah serta terasa gatal. Tiap kali demam panas,kemudian kebah,makin banyak bintik2 merah tadi timbul.Ini bergantung pada individu,tapi dalam masa 3 hari jika berlarutan,memang sah la kena chicken pox.Ruam ini akan timbul ke seluruh badan hingga ke alat sulit dan rasanya sangatlah gatal.
  • ada orang kata dah kena masa kecil, so tak akan kena.tapi dalam dunia serba canggih,keadaan cuaca tak menentu ni memang tak mustahil,cuma kali kedua mungkin tidak teruk.
  • Apa yang perlu kita buat?
  1. Of course boleh pergi jumpa doktor, doktor yang berpengalaman akan diagnos kena chicken pox, jika tidak mungkin anda dikatakan alergi kerana timbul ruam dan bintik merah (besar atau kecil) di bahagian badan termasuk muka. tapi apabila ruam mula bertukar menjadi bintik yang berisi air ( macam nanah) tu memang sah la kena chicken pox. Keadaan ini akan berlarutan dalam 1-2 minggu bergantung kepada individu.
  1. Doktor akan bagi ubat demam,antibiotik,pil piriton (untuk tahan gatal)lotion atau cream calamine untuk tahan gatal. Ada orang2 tua mengatakan tidak boleh makan ubat moden kerana ia akan berlarutan. Tapi dunia makin moden,mungkin badan kita tidak dapat bertahan kerana bahan2 kimia yang kita makan dari pelbagai makanan moden. Jadi anda boleh saja makan ubat demam (panadol) supaya demam kebah dan antibiotik. Saya cuba krim dan lotion calamine tapi tidak berkesan untuk hilangkan gatal yang amat sangat tu.Tapi pil piriton sedikit sebanyak membantu untuk tidur malam (mengantuk).
  1. Teruskan ubat dan lama kelamaan semua bintik2 akan timbul memenuhi badan.Jangan risau kerana ia akan sembuh dengan sendiri berikutan jangkitan viral, tubuh kita akan bertindak balas melawan virus tersebut.Kesannya akan terasa lenguh2 dan sakit otot atau urat.
  1. TAPI memang rasa macam down sangat,udah macam rupa terminator (bila cabut topeng tu)..sangatlah hodoh dan menggelikan. Silap2 suami  pun tak sanggup sentuh. 
  2. semua ruam keluar dan mempercepatkan proses pemulihan. Kata orang tua,selagi bintik tu tak tumbuh di tapak kaki, kemungkinan kita masih boleh dijangkiti pada masa depan. Memang perut kembung dengan air kelapa muda.Ada yang kata tak boleh minum tapi doktor mengatakan hasil kajian tidak menunjukkan air kelapa muda memudaratkan pesakit chicken pox, namun tidak juga mampu menyembuhkan.Tak tahulah,mungkin kita kena kaji sendiri.Hehe.tapi aku minum sampai 4 bijik..sehari sebijik..
  1. Mandi? Cuba elak guna sabun yang wangi2.Sebab akan menjadi lebih teruk pada bintik2 berisi air tadi.Boleh amalkan mandi dengan air rebusan daun semambu. Khasiatnya masa mandi tu rasa hilang sekejap gatal2 pada badan. 
  1. Jika lotion calamine tidak berkesan,boleh cuba petua yang sangat mujarab ni. Tumbuk sedikit beras yang telah direndam,daun cermai mesin bg hancur..campur dengan calamine. supaya ianya jadi macam bedak sejuk. Sapukan pada seluruh badan sebelum tidur, memang akan kurang rasa gatal dan cepat hilangkan parut. Lagipun daun cermai banyak khasiatnya.ada yang sarankan guna buah manjakani, tapi bagi saya rasanya pedih.
  1. Boleh tidur atas alas daun pisang yang telah dibersihkan untuk kurangkan rasa gatal.itu aku tak buat la sbb besar..bayi boleh la..heheh.Tolong jangan garu walaupun gatal sangat.Jaga pemakanan masa mengidap chickenpox.Pastikan makanan yang tidak berminyak langsung. Jangan makan makanan berkicap atau telur (nanti berparut hitam dan telur boleh sebabkan makin gatal) walaupun doktor menyatakan tidak perlu berpantang. Saya hanya makan nasi berlaukkan ikan masin bakar. Ikan laut pun hanya makan ikan gelama.Elakkan ikan kembung dan ikan tongkol kerana dikhuatiri menambahkan gatal2. Sayur pastikan sup sayur tidak berminyak.
  1. Kalau tak tahan gatal,boleh garu atau usap dengan daun semambu yang telah dibersihkan.Jangan guna tangan,dikhuatiri boleh melukakan dan menyebabkan parut yang dalam. Lama-kelamaan bintik2 akan menjadi bernanah dan makin hitam.Ia akan mengering dan tertanggal dengan sendiri.MeMANG geram nak kikis buang,tapi conpem lekat parut. ada yang ambil masa lama sembuh (macam saya 3 minggu) dan normal adalah dalam masa seminggu sahaja.
ni contoh daun semambu

ni contoh daun cermai