Saturday, 21 September 2013

# kulit gebu berseri apa rahsianya???

salam..

hai dear...
sekarang ni, sana sini orang dok pakat cerita tentang kelebihan dan hotttnya ESP ni..
.leh kurus, langsing, kulit gebu dan berseri2x..parut jerawat pudar.
.makin cerah..selulit pun hilang..
wahh banyaknye kelebihan..hebat.. .ESP terdapat 1001 khasiatnya..jom tgk..

ESP ni bukan hanya untuk minum je..buat masker pun boleh..bestnyee,,,
TERBAIKLAH ESP ni..pas ni tak payah lah nak beli mask lain dah...

Hari ini saya nak share resepi Masker ESP.. sesiapa yang dah pernah cuba memang takkan teragak-agak nak buat lagi. Tak payah pergi ke Spa untuk buat facial. Jimat duit! :)

Okeh

Resepi Masker ESP Shaklee 

Bahan-bahan
1. ESP
2. Plain Yogurt

Cara-caranya:

1. Sediakan 1 cawan Plain Yogur Asli dan 1 sudu teh ESP
2.Gaulkan kedua bahan tersebut hgga sebati
3.Tepek muka dengan masker tersebut
4.Biar dalam 10/15 minit hingga kering
5.Bilas

Tadaa,,,,anda akan dapat hasil yg sangat mengagumkan dan kulit lembap dan lembut.

jom kite bace pengalaman org yang dah gunakannya nak???






* Testimoni ini adalah pengalaman customer

Jika anda ada kekangan kewangan dan ingin mencuba,saya ada sediakan set bajet utk anda.. atau boleh gunakan id sy utk pembelian di branch Shaklee berdekatan Ingin mencuba produk Shaklee? 
Saya juga boleh beri harga special...
 HUBUNGI 
♥ MASTURA AMRAN
♥ Shaklee ID 901524

Friday, 20 September 2013

# Guna Siput Rawat Muka

Sanggupkah  anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan?

Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun dan bermula pada hari ini, wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

Pekerja klinik kecantikan, Manami Takamura berkata, tiga ekor siput hidup akan diletakkan di muka para pelanggan bagi menjalani rawatan kecantikan.

“Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit,” katanya.

Katanya lagi, cara ini juga mampu memberi pelanggan 100 peratus inti pati siput dengan sentuhan secara langsung terus kepada kulit pelanggan selama satu jam.

Pelanggan Sayaka Ito berkata, rawatan ini amat santai sehingga membuatkannya hampir tertidur.

“Anda boleh rasakan siput bergerak ke seluruh muka. Pada mulanya ia agak mengejutkan tetapi rawatan ini benar-benar berkesan.

"Kini kulit muka saya juga lebih licin dan lebih lembab,” ujarnya.

sanggupkah anda???




# Rebus Telur Guna Air Kencing Kanak-Kanak

BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..

huhu..tak sanggupnye aku tgk telur ni...uolls tgk la dulu ape perasaan uolls???














# si cantik bertukar hodoh dengan solekan

sangat menakjubkan solekan yang dibuat oleh pakar solek luar negara...sebab itulah lakonan dari luar negara sangat real dan ramai yang gemar menontonnya..

cubalah uolls tgk gambar-gambar di bawah ini...menakutkan dan sesuatu yang tak dijangka..














# amalan Yasmin hani sewaktu mengandung

Senaman ini bukan sahaja dikatakan dapat membantu bakal ibu memperkukuhkan otot-otot mereka, malah ia turut difahamkan mampu membantu mempermudahkan para ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal mereka setelah melahirkan bayi kelak.

Nampaknya senaman ini turut diprektikkan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Yasmin Hani.

Menerusi laman Instagram milik dramatis ini, Hani telah berkongsi beberapa foto menariknya sewaktu melakukan senaman yoga bersama teman-teman rapat iaitu Atilia dan Daphne Iking.

Mungkin melihat sahaja foto-foto yang dikongsikan oleh Hani ini membuatkan ramai para ibu merasa gerun dan tidak menyangka seorang ibu mengandung mampu melakukan senaman seperti ini bukan? Namun begitu, tidak pada pelakon wanita ini.

Menurut Yasmin Hani, tidak salah untuk seorang ibu mengandung mengamalkan senaman ringan seperti itu, asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri si ibu serta bayi yang berada di dalam kandungan.

Tidak kira apa pun senaman yang dilakukan olah Yasmin Hani, Didoakan semoga pelakon wanita ini akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan begitu juga dengan bayi di dalam kandungannya itu.

Apa pun, untuk semua peminat Yasmin Hani, di sini diselitkan beberapa foto comel dramatis tersebut melakukan senaman yoga untuk tatapan anda semua.





# suami Yasmin hani bertatu




Gambar yang seakan-akan tatu di lengan kanan suami kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali telah menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman Instagram milik kedua-dua selebriti tersebut.
Bagaimanapun, Hani telah menerangkan bahawa itu bukanlah tatu kekal sebaliknya merupakan tatu inai boleh dihilangkan serta dibuang pada bila-bila masa.
Biasalah, namapun selebriti…dari hujung rambut sampai hujung kaki akan diperhati!

hmmm..tengok gambar di bawah tu...bukti yang menunjukkan tu bukan tatu kekal...biasalah kadang2 perasaan ingin mencuba tu tak dapat di elakkan..empunya diri je yang kena tahu hukum halal dan haram kalau buat tatu kekal bagi yang beragama islam..


Sunday, 8 September 2013

# master - part 3

(nasihat dari orang yang berpengalaman) jom baca
salam..
sebelum reader baca entry ni..aku nak bg tahu bahawa aku dapatkan maklumat ni dari blog brightnur.com .t.kasih sbb share maklumat dan pengalaman sis..sambil tu aku sendiri nak tahu tentang master ni...
jom kita baca...
Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan.
Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master.
Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?
Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda.
Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course.
By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best). Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master.
Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan).
Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat.
Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak. Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test.
Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi.
Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research. Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya).
Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau.
Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil.
Sedikit procedure untuk master by research.
Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis.
t.kasih sis..bye..SYS